Info Tentang Sekolah Menengah Teknik

***JIKA ADIK-ADIK ADA PERTANYAAN, SAYA SARANKAN UNTUK MENGHUBUNGI SAYA MELALUI INSTAGRAM @zuhriri. Tak salah kalau nak guna ruangan komen, tapi kekadang saya tak perasan yang adik-adik ada komen sebab notification pun tak dapat. Jadi, eloklah kita borak melalui Instagram supaya boleh menjadi satu perbualan secara terus menerus.*** Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel pendek ini ditulis khas untuk adik-adik yang berfikir panjang untuk mohon ke sekolah menengah teknik atau tidak. Sebelum itu, nama saya Zuhri Ashraaf bin Zainal Asmawi dan saya berumur 17 tahun (2017) . Saya rasa saya layak untuk menulis tentang sekolah teknik kerana saya adalah pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan seorang SENIOR di sana pada tahun ini. #berpengalaman Sama juga seperti adik-adik, saya juga berfikir panjang dan mengkaji latar belakang sekolah ini dulu sebelum memohon. Mana tahu, takut-takut ada kes buli yang sehing...