Info Tentang Sekolah Menengah Teknik

***JIKA ADIK-ADIK ADA PERTANYAAN, SAYA SARANKAN UNTUK MENGHUBUNGI SAYA MELALUI INSTAGRAM @zuhriri. Tak salah kalau nak guna ruangan komen, tapi kekadang saya tak perasan yang adik-adik ada komen sebab notification pun tak dapat. Jadi, eloklah kita borak melalui Instagram supaya boleh menjadi satu perbualan secara terus menerus.***

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

     Artikel pendek ini ditulis khas untuk adik-adik yang berfikir panjang untuk mohon ke sekolah menengah teknik atau tidak.

     Sebelum itu, nama saya Zuhri Ashraaf bin Zainal Asmawi dan saya berumur 17 tahun (2017). Saya rasa saya layak untuk menulis tentang sekolah teknik kerana saya adalah pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan seorang SENIOR di sana pada tahun ini. #berpengalaman

     Sama juga seperti adik-adik, saya juga berfikir panjang dan mengkaji latar belakang sekolah ini dulu sebelum memohon. Mana tahu, takut-takut ada kes buli yang sehingga menyebabkan kematian. Sejujurnya, memang ada. Tapi itu dulu. Zaman 90-an lagi. Sekarang senior semua baik-baik. Maka, tidak perlulah risau.

    Antara soalan yang saya tanya pada diri sebelum memohon ke sekolah teknik adalah:-

APAKAH MATA PELAJARAN YANG AKAN SAYA PELAJARI DI SANA?

     Itulah soalan pertama saya. ok..... Di sekolah teknik, terdapat 3 aliran teknikal dan 1 bukan teknikal. 3 aliran teknikal adalah PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK,
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL dan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM.

Untuk aliran teknikal ini, adik-adik akan belajar 10 mata pelajaran. Bukan macam aliran sains di sekolah menengah biasa, 9 subjek. Maksudnya, untuk SPM 10A+ lah untuk adik-adik. Berikut adalah subjek-subjek yang akan adik-adik belajar di sekolah teknik:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik Moden
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
     Haha. Jangan ingat fizik dan kimia tidak perlu belajar dalam aliran teknikal. Fizik dan kimia adalah salah satu ilmu yang penting untuk seorang JURUTERA.

Untuk aliran bukan teknikal pula, adalah perdagangan. Hurm, jangan main-main tau, sekolah teknik pun ada perdagangan. Untuk aliran perdagangan, kebanyakannya hanya perempuan, tetapi lelaki pun ada. Berikut adalah subjek aliran perdagangan:-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik Moden
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pengajian Keusahawan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
Tak jauh pun beza... kan?

APAKAH KELEBIHAN BERSEKOLAH DI SANA?

    Banyak kelebihannya adik-adik. Salah satu, pengalaman bersekolah di sekolah berasrama. Memang seronok. Kalau adik- adik berjaya masuk sekolah teknik, ambil je semua peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan. Macam saya, Vice President of Robotic Club, ahli Paluan Teknika(pasukan kompang SMTKL), dan macam-macam lagi. FUUHH! Pengalamannya, amat seronok.

     Kedua, jika cita-cita anda adalah seorang jurutera atau akauntan dan berkaitan, lagilah tidak merugikan. Sekolah teknik memang akan mendedahkan diri anda kepada kejuruteraan. Dan, anda akan dipandang tinggi oleh rakan-rakan anda. Tinggi sikit je. Kejuruteraan ni bawah sains yang sebenarnya. Tetapi, tanpa jurutera, tidak wujud teknologi-teknologi yang canggih! Hehe. Nanti saya buat lagi satu blog tentang KEJURUTERAAN ok.

     Yang ketiga, anda mempunyai peluang yang besar untuk sambung ke Kolej Matrikulasi Teknikal. Saya tak mau cerita tentang itu lagi sebab tiada pengalaman lagi. ^-^

     Yang terakhir, anda akan belajar banyak benda baru. Kejuruteraan itu satu. Ada ilmu lain seperti programming robot dan arduino. Hah, tahu tak apa itu arduino? Kalau tidak tahu masuk sekolah teknik. Kalau tidak masuk sekolah teknik pun boleh belajar juga. Cuma Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur memang setiap tahun akan diajar tentang arduino dan lain-lain oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekolah teknik lain... tak pastilah.
Itu diaaa... Arduino UNO.

SEKOLAH TEKNIK VS KOLEJ VOKASIONAL?

     Inilah salah satu topik yang sering didengari. Oklah, nak jujur ni, pelajar sekolah teknik lebih bijak dari segi teori, tetapi, pelajar kolej vokasional lebih mahir dalam kemahiran teknikal.

     Sekolah teknik lebih kepada teori. Sebagai contoh, kita bukan akan belajar cara untuk guna transistor(komponen elektronik), tetapi kita akan memahami macam mana transistor itu berfungsi. Dan secara ringkasnya, sekolah teknik adalah untuk melahirkan jurutera yang berkaliber.

     Kalau kolej vokasional lebih kepada kemahiran. Maksudnya, kalau dalam bidang teknikal, juruteknik. Bukan tidak bagus, walaupun pelajar KV menjadi seorang juruteknik, mereka secara tidak langsung boleh menjadi jurutera selepas beberapa tahun pengalaman. Selain itu, pelajar KV tidak perlu menduduki SPM, mereka akan terus dapat Sijil Kemahiran Malaysia. Itu sahaja yang saya tahu tentang Kolej Vokasional. Rajin-rajinkan diri untuk membuat kajian tentang ia.

DAH HABISSS...

Sejujurnya itu sahaja soalan yang ditanya pada diri saya sebelum mohon ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur ini. Bukan banyak pun. Tetapi apa yang anda perlu tahu, sekolah teknik ramai budak pandai-pandai dan ada segelintir juga yang nakal. Tapi kalau yang pandai, memang betul-betul pandai tau. Kalau ikutkan, untuk subjek addmath dan fizik, pelajar teknik yang menguasainya. Haha, kami pun bijak. Tapi, tidak salah pun kalau sekarang belajar sains, nanti sambung kejuruteraan pada masa yang akan datang. OK, tu je... Kalau ada soalan jangan malu bertanya, saya baik dan sporting orangnya. Tidak guna bahasa formal pun tak pe... Dan kalau nak follow my Instagram @zuhriri. Itu sahaja. Thank you for visiting my blog.

P.S. kalau perlukan tips kehidupan di asrama, sila tekan link niii Tips Kehidupan di Asrama by ZAZA






Comments

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang Sek.Men Teknik dan kata-kata motivasi yang baik.Semoga anda berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang Jurutera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca dan mendoakan :)

      Delete
  2. Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 3 lelaki yang sangat berminat untuk masuk Sm Teknik.. tapi aliran yang saya mahu ambil perdagangan.. boleh saya tahu pelajar lelaki berapa orang mereka ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu tak terhad. Itu bergantung kepada saingan antara pelajar lain yang nak masuk juga. Tapi lelaki untuk perdagangan ini peluangnya besar sikit, sebab tak ramai lelaki yang minta perdagangan.

      Delete
  3. Saya berminat nak jadi arkitek. Ramai yang syorkan masuk ke smt. Jadi adakah aliran yang sesuai untuk saya ialah teknikal (Kejuruteraan Awam)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, yang paling sesuai Kejuruteraan Awam. Tp kalau kejuruteraan lain pun boleh juga. Sebab semua akan belajar LK, kecuali perdagangan. Pelajar perdagangan pun boleh pursue architecture dkt IPT juga, sbb masih dikira aliran sains.

      Delete
  4. Abang Zuhri Ashraaf terima kasih atas info abang yang sangat berguna bagi saya...saya seorang peljar tingkatan 3 dan sangat berminat dalam aliran kejuruteraan elektrik dan elektronik...adakah pendidikan tentang arduino hanya untuk kejuruteraan elektrik atau untuk semua bidang termasuk perdagaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendidikan tentang Arduino tidak diajar di mana-mana aliran sebenarnya. Tapi kalau adik menyertai kelab Reka Cipta, memang adik akan belajar Arduino itu tak kisahlah adik aliran apapun.

      Delete
  5. Abang Zuhri Ashraaf tumpang tanya adakah di sekolah teknik pada hari sabtu dan ahad adakah saya akan berlajar seperti biasa atau sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Sabtu dan Ahad akan cuti. Tiada kelas. Tetapi jika adapun kelas tambahan, ianya akan diadakan pada hari Sabtu sahaja. Adik boleh pulang ke rumah setiap 2 minggu.

      Delete
  6. Nama saya Wan Irfan kat atas tu tulis unknown heheheh saya seorang yang sangat minat matapelajaran matematik dan sains....abang ambil khusus dalam bidang apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

      Delete
  7. klau aliran teknologi komputer dan sistem rangkaian hanya ade kt kv je ke?smt xde?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, hanya ada di Kolej Vokasional je. Lebih kepada kemahiran

      Delete
  8. Nak tanya . Pt3 saya dapat 6A . Tapi math saya dapat e . Layak ke saya nak masuk smt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang cuma tipis. Kalau tak dapat masih lagi boleh buat rayuan untuk second intake. Kalau dah dapat, usahalah masa berada di sekolah itu.

      Delete
  9. Urm..kalau mcm sye an nk jdi doc tu ad x aliran yg sesuai kt smt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya tiada. SMT ni mmg untuk sesiapa yg cita-citanya untuk jd engineer atau selain daripada doktor perubatan. Tp kalau selepas tamat belajar di SMT, dan kamu sambung belajar di Pusat Asasi Sains UM dalam aliran sains fizikal seperti saya. Untuk degree nanti kamu boleh menceburi bidang dentistry kalau minat.

      Delete
  10. Nak tanye...lps dah mohon...bile boleh check balik peemohonan tu..cam dapat ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akan ada pesanan "dah boleh semak" diuar-uarkan. Nanti kan okayy XD

      Delete
    2. Baru dpt jwpn dr smtkl. Melalui sms

      Delete
  11. Assalamualaikum abg Zuhri Ashraaf subjek apa yg penting dapat A pt3 untuk memasuki SMT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, maths, science, BM, dan BI... Senang je bukan?

      Delete
  12. Assalamualaikum bang..nk tnye kalau,aliran kejuruteraan mekanikal..antara contoh kerjaya pd masa akan dtg apa ya?sbb skang ni confuse sm ade nk ambik mekanikal or awam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, well firstly, walaupun di SMT kita merupakan pelajar Mechanical Engineering, tak bermakna kita perlu sambung Mechanical Engineering di IPT. Kita boleh je tetapkan cita-cita kita apa-apa je kecuali yang melibatkan biology. Kalau di SMT Mechanical Engineering, nanti di IPT nak Civil Engineering pun boleh. Okayy... Maksudnya masih lagi terbuka luas peluang kita untuk pilih kerjaya lain.

      Delete
  13. saya murid tingkatan 3 , tahun depan saya nak masuk smt
    soalan apa mereka tanya dalam temu duga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada temuduga wahai sahabat XD
      Jgn risau okayy senang je nak masuk

      Delete
  14. Fon bole bawak ke untuk smt kl nih?

    ReplyDelete
  15. Bang budak smt pandai² je ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, actually semuanya pandai. Yang terlalu pandai pun ada. Tapi bukan semua boleh bawa aliran di SMT. Jd begitulah.

      Delete
  16. Abang nanti dia bagi mesej ke untuk temuduga or kena dtg je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada temuduga. Tapi mmg akan diumumkan bila keputusan dah keluar dan boleh semak melalui laman sesawang yg akan diberi.

      Delete
  17. Assalam, nak tanya, yang aliran perdagangan memang ad prinsip perakaunan kan? Lepastu, kenapa dy tulis ada temuduga? Kalau dapat 7a 2b 1d sy ad peluang ke, d sy sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,, yup... Memang akan belajar prinsip perakaunan. Sepatutnya tiada temuduga, zaman saya memang tiada. Jadi mungkin yang dibaca itu untuk program lain selain SMT.

      Delete
  18. Saya dlu bekas pelajar vokasional pertanian.. Target nk masuk politeknik amik kej elek atau awam pas spm, tp xdpt.. Sudahnya masuk uitm.. Rindu ngn status smv berbanding kv yg xdiakui oleh kebanyakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kv x diakui oleh kebanyakan? Apa maksudnya tu...?

      Delete
  19. Math n science saya B, abang rasa peluang saya untuk dapat SMT besar atau tipis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar je peluang tuu, cuma sekarang bergantung kepada persaingan je.

      Delete
  20. Kalau untuk mt and bi dapat d.. Masih ada peluang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang ada. Cuma tipis. Boleh je buat rayuan nanti

      Delete
  21. Assalamualaikum nak tnya..dekat smt pelajar dpt elaun tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, pelajar SMT tak dapat elaun.

      Delete
  22. Assalam dik... Achik nak tanya skt.daftar masuk smtkl brapa rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, sy tak seberapa ingat. Tapi menurut bapa kesayangan saya, untuk pendaftaran hampir seribu juga termasuk yuran asrama. Tp mungkin berubah dari semasa ke semasa dan bergantung kepada pendapatan juga.

      Delete
  23. Replies
    1. Masa zaman saya, mmg selepas pendaftaran sesiapa yg ingin menukar kos boleh mohon. Jd mungkin boleh.

      Delete
    2. Saya tak mohon asrama tapi dapat asrama, kena masuk juga ke?

      Delete
  24. Balik setiap 2 minggu ke...sebulan sekli???

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum . Nak bertanya kalau dpt masuk smt . Memang asrama dapat duduk ke sepanjang 2 tahun belajar tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Tak semestinya. Kena jagalah perangai😂

      Delete
  26. Ya. Akan belajar dlm Bahasa Melayu🙃

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum. Adakah pelajar dibenarkan bawa phone, sebab sekarang ada sekolah yang bawa phone untuk bantu proses pembelajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Masa zaman saya, memang tak boleh. Tp bila anda katakan, "sekarang ada sekolah yang yang bawa phone untuk bantu proses pembelajaran...", mungkin sekarang boleh. Ikut perkembangan semasa. Tapi sy tetap rasa tak boleh.

      Delete
  28. saya takde A tapi permohonan saya di approve jadi abang rasa saya dapat tak masuk and belajar di SMT?Math and Science saya E

    ReplyDelete
  29. Nk basuh baju kene pkai laundry ke basuh sndiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedua boleh. Kalau nak exercise tangan, basuh manually laa😂

      Delete
  30. Aliran perdagangan memang kena ambil fizik dan kimia ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sbb tu ianya masih dikira sebagai aliran sains. Jd, pemilihan kerjaya bagi pelajar SMT masih lagi terbuka. Dari aliran perdagangan, tetiba nak jd engineer pun boleh nanti. Itulah kelebihan aliran perdagangan SMT.

      Delete
  31. Masih adakah kes kluar dari asrama tanpa kebenaran dan apakah kes2 yang selalu di lakukan oleh pelajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bergantung kepada batch masing-masing sendiri. Atau lebih tepat perangai pelajar itu sendiri. Untuk batch yg terbaru ini mmg sy tak tahu apa-apa.

      Delete
  32. Smt kl ada yg ddk luar atau semua wajib ddk asrama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg duduk diluar. Bukan semua diwajibkan duduk asrama. Dan bukan semua diterima masuk asrama.

      Delete
  33. Slm..apakah kedudukan smtkl dlm spm2017?

    ReplyDelete
  34. Kalau kv ni, admin blog rasa ad tempat x dlm arus semasa.. Ni utk kv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dan mesti ada. Setiap institusi ada kelebihan dan ada kelemahan sendiri. Tp generally, KV lagi byk persaingan.

      Delete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Saye dari sms selangor kat tepi sekolah abang yg dulu tu , kalau saye nak pindah skola ke smt boleh ke dri sm sains (asrama) jugak ..?

    ReplyDelete
  37. Salam zuhri saya nak bertanya
    Saya akan membuat latihan mengajar di smt kl pada bulan julai ini boleh x saya nk tau serba sedikit mengenai silibus bg kejuruteraan elektrik elektronik sbb ingin membuat persediaan awal, hrp dpt membantu terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, untuk tingkatan 4, ia lebih kepada pengiraan. Voltan, arus, perintang, diod, transistor dan pelbagai lagi. Untuk tingkatan 5 pula, ianya lebih kepada teori dan pembacaan. Komunikasi, komputer, robotik dan pelbagai lagi. Masih akan belajar beberapa jenis transistor lagi untuk tingkatan 5, tapi tidak melibatkan pengiraan.

      Delete
  38. Kalau mahu mohon ke smtkl, berapa A kah yang paling minimum supaya permohonannya diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maths, Science, BM dan BI wajib A. Itu yg paling minimum untuk batch saya.

      Delete
  39. Assalamualaikum saya Haziq... umur tingkatan 1 boleh ke masuk bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalan, tingkatan 1 tak boleh masuk. Tingkatan 5 nanti baru boleh.

      Delete
  40. Asaalamulaikum, smt ambl spm mcm skolh lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Ya, masih lagi ada SPM. Kalau ada apa-apa soalan dan ingin perbualan yang berterusan, kita boleh chat melalui Instagram okayy

      Delete
    2. Takpelah, nk tnya kat sini je. Btw, skolah smt smpai f5 je kan?

      Delete
    3. Betul, sama macam sekolah biasa

      Delete
  41. ADIK UTUK TAHUN SKARANG ANTARA SMT DENGAN KV YG MANA OK, SBB UTK ANK YG BRU HBIS PT3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan mana okay, itu saya tak tahu. Cuma kalau nak anak ambil SPM, SMT lah pilihannya. Kalau nak anak pandai kemahiran tapi tiada SPM, boleh ambil KV. Tapi kalau masuk SMT pun, mmg ada sedikit kemahiran.

      Delete
  42. Very good intro to SMT. Thanks.

    ReplyDelete
  43. lepas habis pengajian kat sekolah teknik ni boleh sambung belajar lagi ke ? kalau boleh , kat mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Semua tempat boleh. Sebab SMT kita pun akan menduduki SPM. Cuma tiada subjek biologi je. Kita kejuruteraan. Mostly, lepasan SMT ni masuk matrik kejuruteraan.

      Delete
  44. Saya sekolah di mrsmjb sekarang tapi srs berminat nak masuk teknik sebab nak belajar lukisan kejuruteraan :( , patut ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung. Adik minat LK, tapi adik minat tak kejuruteraan? Sebab kalau dah masuk SMT, dah tak boleh dah sambung apa-apa course berkaitan biologi nanti di IPT.

      Delete
  45. ok abg saya ada beberapa soalan , harap abg dapat jawap
    1, brpa A yang harus saya dapat untuk masuk ke sekolah teknik ?
    2, jika saya membuat permohonan dan tidak dpt adakah saya boleh membuat rayuan ?
    3, jika saya memohon kv tetapi result saya elok adakah saya boleh memohon ke sekolah teknik ?
    **saya harap sngt abg bleh jawab ehehehehe**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Math, Science, BM dan BI perlu dapat A.(Tapi ni zaman saya laa XD)

      Boleh buat rayuan

      Boleh memohon dedua. Tapi nanti perlu buat satu pilihan je.

      Delete
  46. bang, kalau dapat smt/kv pastu nak tolak boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Wahh jarang orang nak menolak, selalunya orang ditolak XD.

      Delete
  47. Betul ke kalau masuk smt .. contoh perekerjaan elektrikal ialah engineer ? . Kalau mekanikal contoh dia apa eh ? .. betul ke perempuan kurang .. di kos ii tu ? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha XD Izinkan saya cerita sedikit. Engineering ini ada banyak jenis.

      Antaranya, elektrikal, mekanikal dan awam.

      Rasanya itu dah menjawab soalan pertama.

      Yang kedua, ya. Perempuan kurang. Tapi taklah sikit sgt bilangannya. Cuma lelaki saja lebih ramai ^~^

      Delete
  48. Kalau lepas habis belajar kat smt boleh masuk universiti ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Jangan risau sebab pelajar SMT pun akan menduduki SPM. Kalau macam saya sendiri, selepas SPM saya sambung belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan sekarang sedang menceburi bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Malaya juga.

      Delete
  49. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  50. Sye stuju dgn kenyataan smt lebih kepada teori dan kv lebih kepada kemahiran. Tp itu bukan bermaksud pelajar kv tidak boleh terus menjadi engineer. Rezeki seseorang allah yg tentukan. Kalau kamu smt bangga dgn Arduino, kv dh pegang raspberry pie,pic, arduino,binary pon x de nk bangga2 mcm kamu. Kv pon belajar juga kefungsian sesebuah komponen. Senang cite, rezeki seseorang tu x perlu la di cerita mcm kv susah nk dpt kerja yg bagus. Ada je student smt kerja juru teknik dan ad je student kv jadi jurutera. Rezeki masing masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dan saya tak cakap pun graduan KV tak bagus. Dan saya tak ungkapkan pun apa yang SMT belajar, KV tak belajar. Dan saya tak kata pun semua graduan pelajar SMT berjaya. Dan saya tak pernah satu patah pun kata pelajar KV tak boleh dapat kerja yang bagus malah saya siap tulis "kalau jadi juruteknik pun, nanti lelama boleh jadi jurutera juga." Jadi tak perlulah risau. Lagipun kita bukannya hidup di waktu garuda alah oleh ular.

      Delete
  51. Saya adalah pelajar SMT pada lapan puluhan(1980s).Dulu tidak ada komputer. Kami guna T-square dan drawing board. Adakah pelajar sekarang masih guna T-square and drawing board-kah?

    ReplyDelete
  52. Nak tanya sikit Saya dapat bm B, bi D, Mate c, sains E.. Saya nak amik perdangangan agak2 dapat tk

    ReplyDelete
  53. Saya nak tanya,dua pilihan yg saya pilih semasa permohonan tu akn dipilih oleh pihak smt ke saya sendiri??
    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu Tak faham apa yg saya maksudkan mcmni...Saya pilih dua aliran yg berbeza iaitu kejuruteraan awam sebgai pilihan pertama dan perdagangan sebgai pilihan kedua and yg saya tahu kemasukan pelajar t4 ke smt Ni pada akhir Bulan 1 Dan Saya Ada masalah jugak dgn smk biasa sebb Saya pilih kelas SNF(Ada lukisan kejuruteraan mcm kjrutraan awam) cane eh ...kembali kepada pertanyaan pertama saya....sorry pjg XD

      Delete
    2. Jangan risau, saya faham. SMT yang akan tentukan jurusan anda.

      Tapi apa yang saya tak faham, apa yang anda maksudkan dengan "ada masalah juga dengan SMK..." itu?

      Delete
  54. Saya nak jadi doktor,,,bolehkee saya masuk sekolah teknik,,sebab nak jadi doktor susah so kalau saya masuk teknik akan ada kemahiran at the same time kalau saya x mampu bawak sain sekurangnya saya boleh teruskan dengan sambung belajar kemahiran..Adakah kalau saya masuk sekolah teknik saya boleh jadi doktor? Sebb ada fizik dan kimia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk SMT tak boleh jadi doktor. Sebab kita tak ambil subjek biologi.

      Delete
    2. Boleh jadi doktor jika pilih aliran Sains Pertanian.Aliran Sains Pertanian ada subjek Biologi tp tak semua sekolah teknik tawarkan aliran tersebut.

      Delete
    3. Hanya Teknik Alor Setar, Melaka & Johor Bharu yg tawarkan aliran Sains Pertanian.

      Delete
  55. Kalau math D still boleh dpat ke ? :(

    ReplyDelete
  56. Kalau dapat mat D bm A bi B Rbt B dapat x masuk smr

    ReplyDelete
  57. Kalau dapat mat D bm A bi B rbt B dapat x masuk smt

    ReplyDelete
  58. Saya ingin tahu samada layar tah utk masuk SMT, BM-B, BI-A,Math-2 Sains-B & Reka -C, harap dapat info

    ReplyDelete
  59. Kalau tak dapat temu duga , peluang lebih luas Kan

    ReplyDelete
  60. Smt Smt boleh add on biologi tak?

    ReplyDelete
  61. Smt ade banyak tak orang India dan cina?

    ReplyDelete
  62. bang ..ujian diagnostik dia susah la hahahahhahah

    ReplyDelete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Boleh bawak fon ker ke teknik?

    ReplyDelete
  66. Nak tanya boleh bawa fon ke teknik Tak?

    ReplyDelete
  67. Nak tnya kalau siapa yg Tak
    ambil ujian kelayakn smt Ada peluang lagi ke utk buat rayuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya tak tahu, lebih baik anda hubungi pihak sekolah itu sendiri.

      Delete
  68. assalamualaikum dik.. acik suka baca blog awak ni .. bagus byk info bkaitan sekolah teknik... alhamdulillah ank acik br dpt offer smt aliran perdagangan.. daftar 28hb jan ni... oklah acik nk rumuskan pd semua ank2 yg bertanya bkenaan sekolah teknik.. apa yg acik faham lah ya...

    syarat min smt adalah 3A shj... tp nak masuk tu kena bersaing ngan ramai anak2 yg result lebih dr 3A... (ank acik 4A aje) boleh aje mohon tp klo x dpt cuba buat rayuan..

    smt tak belajar Biologi sbb smt bkn aliran perubatan more to teknikal..

    smt tak ada ujian kemasukkan.. yg ada sekolah kv shj

    skrg kalau nak mohon smt/kv hanya boleh pilih salah satu aje... semua pemohonan cara online

    yuran smt rm1k lebih termasuk duit asrama.. tp kv hanya byr duit asrama shj.. tp tak pasti berapa maybe bwh rm1k..

    ank acik skrg dpt aliran perdagangan sbb dia yg nk huhu tp next time abis belajar tiba2 nk nk tukar aliran engineer boleh lg di terima sbb di smt ada belajar kimia n fizik sbb subjek ni x semua sekolah biasa ada gabungan subjek ini dgn aliran perdagangan... hanya ada di smt aje... sek skrg ni pon ank acik bljr akaun dgn add math aje.. sbb sblm ni dia dpt kelas sains tulen tp dia tukar sbb tak suka belajar Biologi dan dia minat akaun.

    doakan ank acik trus cekal belajar kt smt ni.. sbb dgr kata aliran prdagangan ramai pompuan.. ank acik lelaki... huhu

    semoga Zuhri Ashraaf trus success selalu 😀😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf puan,just for info. SMTKL ada buat Ujian Kelayakkan pada hari sabtu 19/1/2020.

      Delete
    2. Waalaikummusalam, terima kasih acik kerana merumuskan apa yang acik tahu tentang SMT. Lebih-lebih lagi tentang yuran itu. Ramai yang bertanya kepada saya tentang yuran itu, tapi saya tak ingat, maklumlah dah lama tinggalkan sekolah😂 Apapun, semoga acik sekeluarga terus berjaya.

      Delete
  69. Ramai perempuan tak yg ambil kejuruteraan awam? Bagus tak course ni utk perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai, cuma lelaki lebih ramai. Course engineering ni sesuai je untuk semua jantina. Persoalannya, minat atau tidak? Tapi saya percaya anda boleh😆

      Delete
  70. Assalamualaikum, apakah yg akan dipelajari oleh pelajar mechanical engeering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, semua yang saya tulis di dalam blog.

      Delete
  71. Assalamualaikum, apakah yg akn dipelajari oleh pelajar mechanical engenieering

    ReplyDelete
  72. Saya dapat tawaran dlm mechanical engeering, tolobg beri penerangan, tq

    ReplyDelete
  73. Kos yang manakah paling banyak orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan, SMTKL, semua sama banyak. Cuma perdagangan ada dua kelas sahaja manakala untuk setiap kejuruteraan ada 3 kelas.

      Delete
  74. Bang saya nak tanya kalau saya gantikan Baju melayu dengan Baju Kurta boleh ke ?

    ReplyDelete
  75. Nak tanya..
    Pemakaian masa daftar abg zuhri tahu tak?
    Semua teknik sama je kan pemakaian dia? Sbb sy dpt teknik jb..
    Masa dapat tawaran mmg semua akan dpt tanpa asrama ke? Sbb sy nak asrama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai baju sekolah biasa/baju sekolah lama. Dan mmg baju sekolah itu akan dipakai untuk beberapa hari atau minggu dulu.

      Delete
  76. Sepas pendaftaran terus masuk ke
    ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam zaman saya dulu, pelajar dibenarkan keluar dan perlu pulang sebelum jam 6 ptg pada hari pendaftaran.

      Delete
    2. Kalau bagi pelajar yang tak berasrama

      Delete
  77. Assalam abang zuhri, nak tanya sekolah smt jarang ade masalah disiplin ke ? cth nya tak macam masalah disiplin di smk biasa. And betulke pelajar smt ni kebanyakannya pandai and belajar 24 jam ? haha tu cg kaunseling saya cakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.😂 Bergantung. Macam sekolah saya ada je masalah mcm sekolah biasa, tapi tak teruk pun. Hahahaha kami memang pandai pun, tapi itu bergantung kepada diri juga. Dan mana ada belajar 24 jam😂 Kami seimbang dari segi akademik dan fizikal giteeww.

      Delete
  78. Pengelasan kelas itu ikut keputusan pt3 atau suka hati je?

    ReplyDelete
  79. assalam nak tanya, kalau duduk di asrama adakah dibenarkan penggunaan telefon di dalam gorm atau bilik ? alau tak, bagaimanakah penggunaan telefon ye? maksud saya masa bile je boleh dapat phone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, penggunaan telefon tak dibenarkan. Nak bawa pun tak dibenarkan.

      Delete
  80. Assalam, kejuruteraan elektrik tu aliran teknikal atau bukan teknikal??

    ReplyDelete
  81. boleh saya tahu apa kelayakan masuk ke sini? result pt3 tu kena dapat berapa? dalam bahasa apa? dan biasa nya berapa kos untuk masuk sini?
    harap bagi kerjasama ya, terima kasih abang.

    ReplyDelete
  82. ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH abang Zuhri, saya pelajar tingkatan 3 tahun ni dan saya berminat dalam bidang welding, adakah bidang ni satu bidang yang bagus untuk masa depan dalam aspek gaji dan lain ²?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam W.B.T. Di SMT tak wujud bidang welding, tapi di KV mungkin wujud. Jadi saya tak tahulah nak komen apa berkaitan bidang itu. Best of luck ya. Kalau ada soalan, DM saya di Instagram.

      Delete
    2. Sorry menyibuk. Saya tolong jawab eh. Saya bekas student mekanikal smtkl tahun 2014/15. Untuk menjawab soalan di atas, kejuruteraan mekanikal di tikl masa zaman saya dulu ada belajar welding and kami ada jugak masuk bengkel 2/3 kali untuk welding time f4. After sekolah awak boleh sambung mekanikal or terus to welding pon boleh. But macam admin ckp, klu nak betul2 ceburi bidang welding, maybe kv is better.

      Delete
  83. asalam bang saya nak tanya kalau org yang nak jadi doktor boleh masuk sini ke?lagi satu perdagangan tu sama je ke dgn perniagaan?*PLEASE JAWAB*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, nak jadi doktor SMT bukan tempatnya. Perdagangan dan perniagaan hampir sama.

      Delete
  84. Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan tiga. Saya nak tanya, math, sn dan lain2 yang berkaitan dengan tu, ada tak dwibahasa ataupun memang belajar dalan melayu saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, hanya dalam bahasa Melayu. Tapi nak jawab exam dalam bahasa Inggeris pun boleh XD

      Delete
  85. kena score subject apa ya untuk dilayakkan untuk kemasukan smt ?

    ReplyDelete
  86. Salam...anak berminat nak masuk smt tapi keliru nak ambik k.awam atau mekanikal.ada cadangan tak.lepas Smt bile sambung belajar ke mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kalau berminat dengan rekabentuk dan mesin, sesuai dengan mekanikal. Kalau berminat dengan infrastruktur, awam sesuai. Selepas SMT, boleh sambung di mana-mana IPT.

      Delete
  87. Salam...bolehkah saya memohon 2 tempat kv dan 1 sekolah teknik...ke kena tiga tiga mohon sekolah teknik...and kalau ada minat untuk jadi ahli robotik...course ape yang patut diambil...sebab saya pernah wakil negeri untuk robotik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, tentang permohonan untuk sesi seterusnya saya tak pasti(disebabkan Covid-19). Tapi, untuk robotik course yang sesuai ialah kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan mekanikal. Kalau minat programming, kejuruteraan elektriklah yang paling sesuai.

      Delete
  88. Boleh sy tau, balik dri asrama berapa bulan sekali?

    ReplyDelete
  89. assalamualikum,, boleh saye tau .. kalau nak mohon ke smt , akan ada interview atau exam tak? : ))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, sesi lepas ada exam. Exam senang je ^.^ Untuk sesi seterusnya, saya tak pasti sebab Covid-19.

      Delete
  90. abg boleh tk sya nk tnya yng soalan exam time permohonan tu dia tnya ape eh?tq

    ReplyDelete
  91. abg boleh tk sya nk tanya soalan exam yng waktu permohonan tu dia tnya soalan ape eh?

    ReplyDelete
  92. abg boleh tk sya nk tanya soalan exam yng waktu permohonan tu dia tnya soalan ape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan senang-senang je. Cuba ingat balik BM, BI, Sains, Maths dan Pengetahuan Am.

      Delete
  93. Assalam....nama saya wafri boleh saya tahu....saya sekarang aliran Arab..untuk masuk SMT boleh ke saya masuk...selepas pt3 nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, selagi memenuhi syarat kemasukan, sudah tentu boleh. Kawan saya dulu ada yang dari madrasah.

      Delete
  94. aslm nama saya haifaa saya nak tanya boleh ke bawak makanan dan barang elektronik dalam asrama nnt.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Makanan sudah tentu boleh! Dulu ada yang siap masak maggi dalam baldi hahahaha. Barangan elektronik MP3 boleh.

      Delete
    2. Lampu pun boleh. Cuma yang macam phone tu tak boleh.

      Delete
  95. Bang bang , dlm batch abg ramai ke pelajar yg masuk smt

    ReplyDelete
  96. Masuk SMT ni
    Ade subjek Sains Komputer ke?

    ReplyDelete
  97. Assalam saya pelajr form3 mrsm kalau saya nak masuk smt yang melibatkan animasi ade ke?

    ReplyDelete
  98. Asalam bang,kalau bidang elektronik dan elektrik tu boleh ke sambung ke ipt outomotif

    ReplyDelete

Post a Comment